Kebakaran besar di Kampung Gas, Batu Sapi sudah empat tahun berlalu. Sejak itu juga sebahagian mangsa masih tidak mendapat rumah. Mereka sehingga kini masih tinggal di dalam kontena.
Harapan untuk menduduki rumah baharu menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sehingga kini nampak seolah jauh dari nyata.